Wednesday 21 September 2016

Hukum-hukum Indeks – Hukum 1

Hukum-hukum Indeks – Hukum 1

am x an = am+n
dimana am dan n adalah nombor nyata.


Pembuktian Hukum 1



Contoh 1

Cari nilai bagi yang berikut.


Penyelesaian:



Contoh 2

Ringkaskan,


Penyelesaian:


kimia 4 5

Tindakan Pencucian Sabun

Formula am sabun dapat diwakili dengan RCOONa untuk garam natrium atau RCOOK untuk garam kalium dengan R sebagai kumpulan alkil yang berantai panjang.


Contoh:
a) Natrium stearat, C17H35COONa, dimana R ialah C17H35
b) Kalium palmitat, C15H31COOK. Dimana R ialah C15H31

Dalam air, sabun tercerai kepada ion logam dan ion karboksilat yang bergerak dalam air. Sebagai contohnya, natrium stearat membentuk ion natrium dan ion stearat yang bebas dalam air. Ion stearat juga disebut zarah atau anion sabun.


Zarah yang aktif dalam sabun ialah zarah sabun (anion sabun). Ion ini terdiri daripada dua bahagian:
a) Bahagian kepala yang bersifat ion.
b) Bahagian ekor hidrokarbon yang mengandungi ikatan kovalen.

Bahagian kepala mengandungi kumpulan karboksilat COO yang larut dalam air, iaitu bersifat hidrofilik. Sebaliknya, bahagian ekormengandungi rantai panjang hidrokarbon (bahagian kovalen) yang tidak larut dalam air, tetapi larut dalam pelarut organik seperti minyak atau gris, iaitu bersifat hidrofobik.

Struktur zarah sabun (ion stearat).

Apabila sabun dilarutkan dalam air, sabun terurai kepada zarah sabun dan ion natrium. Larutan bersabun mengandungi zarah sabun dan ion natrium yang bebas bergerak.

Apabila zarah sabun bertemu dengan kotoran berminyak (gris) pada permukaan kain, ekor hidrokarbon yang bersifat hidrofobik larut dalam gris manakala bahagian kepala yang bersifat hidrofilik larut dalam air.

Bahagian kepala zarah sabun yang bercas negatif tertarik kepada air. Daya tarikan antara air dan bahagian kepala zarah sabun membolehkan gris ditanggalkan apabila air dikacau.

Gris ditanggalkan daripada permukaan kain merupakan titisan bercas negatif yang terapung-apung dalam air. Titisan-titisan gris ini menolak antara satu sama lain kerana mempunyai cas yang sama.

Apabila dibilas dengan air, permukaan kain menjadi bersih kerana titisan-titisan gris itu tertinggal dalam air. Proses menghilangkan kotoran oleh tindakan sabun dapat dipercepatkan jika larutan sabun dikocak dengan kuat atau dipanaskan.

Selain bertindak sebagai agen pencuci, zarah sabun juga berperanan
  1. Sebagai agen pembasah yang mengurangkan tegangan permukaan air lalu membantu air membasahi permukaan yang dicuci.

  2. Sebagai agen pengemulsian yang membolehkan titisan gris (kotoran) tersebar di dalam air tanpa bergabung, iaitu membentuk larutan emulsi. Hal ini membolehkan tindakan pencucian sabun lebih berkesan.

fizik4 5

Tenaga Kinetik & Halaju Elektron Dalam Tiub Sinar Katod

Apabila suatu voltan, V, dikenakan merentasi katod dan anod suatu senapang elektron, tenaga elektrik yang dibekalkan kepada setiap elektron ialah eV, dimana cas elektron, e = 1.6 x 10-19 C.

Tenaga kinetik dan halaju elektron.

Anggapkan bahawa elektron-elektron dipecutkan dari halaju sifar pada katod hingga halaju akhirv, pada anod.



Contoh

Dalam sebuah tiub televisyen, elektron yang dipancarkan dari suatu senapang elektron dipecutkan oleh voltan 10 kV sebelum menghentam skrin. Hitungkan,

a) Tenaga elektrik yang dibekalkan kepada setiap elektron.

b) Halaju akhir setiap elektron itu.

[Cas elektron, e = 1.6 x 10-19 C ; jisim elektron, m = 9.1 x 10-31 kg]

Penyelesaian:


biologi

Protein

Protein ialah sebatian organik kompleks yang terdiri daripada unsurkarbonhidrogenoksigen dan nitrogen. Kebanyakan protein juga mengandungi unsur sulfur dan fosforus.

Makanan yang kaya dengan protein termasuklah ikan, daging, susu, kacang dan telur.

Semua protein terdiri daripada satu atau lebih polimer yang dikenali sebagai polipeptida.

Setiap polipeptida pula dibina oleh monomer atau unit kecil yang disebutasid amino.

Satu polipeptida boleh terdiri daripada lima puluh sehingga beribu-ribu molekul asid amino.

Asid amino terangkai bersama melalui proses kondensasi.

Dipeptida terdiri daripada dua molekul asid amino yang dirangkai bersama oleh ikatan peptida melalui kondensasi. Satu molekul air disingkirkan.

Tindak balas kondensasi seterusnya merangkaikan lebih banyak asid amino untuk membentuk satu rantai polipeptida.

Dipeptida boleh diuraikan kepada asid amino melalui hidrolisis.


Protein atau polipeptida yang diuraikan oleh enzim pencernaan melalui tindak balas hidrolisis akan diserap ke dalam peredaran darah.


Asid amino ini digunakan untuk mensintesis molekul protein berlainan yang diperlukan oleh badan.


Jenis asid amino

Terdapat kira-kira 20 jenis asid amino yang wujud secara semula jadi.

Asid amino dibahagi kepada dua jenis, iaitu:
  1. Asid amino perlu.
  2. Asid amino tak perlu.
Asid amino perlu dapat disintesis oleh badan dan ini harus diperoleh daripada gizi harian, contohnya, histidina dan leusina.

Asid amino tak perlu dapat disintesiskan oleh badan daripada asid amino yang lain.

Terdapat 9 asid amino perlu, dan  11 asid amino tak perlu.


Kelas protein

Protein dibahagikan kepada dua kelas, iaitu:
  1. Protein kelas pertama.
  2. Protein kelas kedua.
Protein kelas pertama ialah protein yang dapat membekalkan semua asid amino perlu kepada badan, misalnya, protein dalam daging, ikan, susu dan telur. Protein haiwan adalah protein kelas pertama.

Protein kelas kedua ialah protein yang tidak mempunyai semua asid amino perlu. Protein tumbuhan ialah protein kelas kedua.

matematik 4 5

Kaedah Pemfaktoran

Untuk menentukan punca persamaan kuadratik, kita menggunakankaedah pemfaktoran (factorisation method), iaitu (x + p)(x + q) = 0 atau (mx + p)(nx + q) = 0.

Oleh kerana sesuatu persamaan kuadratik boleh difaktorkan sebagai hasil darab dua ungkapan linear (yang boleh disamakan dengan 0), maka persamaan itu selebih-lebihnya mempunyai dua punca.

Contoh 1

Selesaikan setiap yang berikut.

a) x2 = 7x

b) p2  6p  7 = 0

Penyelesaian:


Contoh 2

Selesaikan setiap yang berikut.

a) 2q2 + 7q + 6 = 0

b) 2r2  9r + 4 = 0

Penyelesaian:


Contoh 3

Selesaikan setiap yang berikut.

a) 6m2  22m  8 = 0

b) 7p  2  6p2 = 0

Penyelesaian:

matematik123

Menentukan sama ada nisbah yang diberi ialah nisbah setara

Nisbah bagi dua kuantiti tidak berubah jika kedua-dua nombor (kuantiti) dalam nisbah didarab atau dibahagi dengan faktor yang sama. Misalnya,



Contoh

Tentukan sama ada nisbah yang diberi ialah nisbah setara.

a) 2 : 7 dan 6 : 21

b) 20 : 12 dan 4 : 3

Penyelesaian:

sains

Kelenjar Endokrin

Bukan semua koordinasi aktiviti badan dikawal dan diselaraskan oleh sistem saraf. Sesetengahnya dikawal dan diselaraskan oleh sistem endokrin, contohnya proses pertumbuhan.

Koordinasi ini dikenali sebagai koordinasi kimia kerana melibatkanbahan kimia, iaitu hormon yang dirembeskan oleh kelenjar endokrin.

Rajah di bawah menunjukkan kedudukan kelenjar endokrin utamadalam badan manusia.

Kedudukan kelenjar endokrin manusia, lelaki dan wanita.
(tekan pada gambar untuk besarkan paparan)

Kelenjar endokrin ialah kelenjar tanpa duktus atau salur. Setiap hormon yang dirembeskan oleh kelenjar endokrin mempunyai fungsi masing-masing dan dibawa terus ke sistem darah tanpa melalui sebarang salur.

Rajah di bawah menunjukkan rembesan hormon terus ke dalam darah.


Hormon memberi kesan ke atas kesihatan manusia. Aras hormon perlu kekal dalam keadaan seimbang. Kelebihan atau kekurangan aras sesuatu hormon dalam darah boleh membawa kesan buruk. 

Misalnya, hormon insulin berfungsi untuk mengawal aras glukosa dalam darah dan merangsang penguraian glukosa dalam hati. Kekurangan hormon insulin boleh menyebabkan seseorang itu menghidap penyakit diabetes (kencing manis).