Monday, 29 February 2016

Cara mejaga kebersihan diri



Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri  (Tahun 6)

Semua orang perlu menjaga kebersihan diri kerana kebersihan adalah asas kesihatan. Orang yang bersih juga disenangi oleh orang lain.
Bagi menjaga kebersihan diri ,kita perlulah mandi setiap hari. Semua anggota badan dari hujung kepala hingga hujung kaki perlu dibersihkan dengan menggunakan air yang bersih dan sabun.
Rambut perlu disyampu bagi mengelakkan kelemumur dan jangkitan kutu. Kuku kaki dan tangan yang panjang perlu dipotong.
Selepas makan tangan perlu dicuci. Tangan juga perlu dicuci selepas kita memegang sesuatu atau selesai membuat kerja. Contohnya selepas berkebun. Gigi pula perlu digosok sekurang-kurangnya dua kali sehari. Bagi menjaga gigi kita perlu membuat pemeriksaan gigi enam bulan sekali. Pakaian yang dipakai pula perlu ditukar setiap hari.
Jika kita menjaga kebersihan diri kita tidak mudah dijangkiti penyakit. Orang yang sihat akan hidup ceria sepanjang hari

No comments:

Post a Comment