Thursday, 9 July 2015

TAHUN 6 KARANGAN

  Sudah lama Ramu dan Rahim berlegar-legar di hutan itu. Hari semakin gelap. Tiba-tiba mereka ternampak akan sebuah rumah

" Ramu, malam ini kitac bermalam di sini saja," kata Rahim

"Tapi, rumah ini sudah lama ditinggalkan. Rasa saya rumah ini berhantu,"kata Ramu dengan perasaan yang kurang senang.

Mereka masuk ke dalam rumah itu. Di situ ada banyak sampah sarap dan sarang labah-labah. Beberapa tingkap kelihatan senget serta hampir tertanggal.
Pada tengah malam itu, mereka terjaga apabila terdengar akan bunyi guruh yang berdentum dan angin yang menduru-duru. Rahim dan Ramu berpeluk-pelukan kerana ketakutan.

Apabila matahari terbit mereka bergegas keluar dari rumah kosong itu. Mereka terjumpa akan jalan kecil di belakang rumah itu. Mereka mengikuti jalan itu dan tiba ke jalan besar. Akhirnya, Rahim dan Ramu berjaya pulang ke rumah masing-masing


No comments:

Post a Comment